Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. - QS, Al-Baqarah; 185
Kita ada dua pilihan;
1. Tidak ambil kisah seolah-olah tiada apa yang istimewa dan penting akan berlaku. 2. Ambil kisah dengan tambah ilmu mengenai mukjizat al-Quran dan tanam sifat cinta pada al-Quran. Pilihan kedua adalah pilihan terbaik buat kita sebagai orang beriman, kerana al-Quran adalah petunjuk akhir zaman dan mukjizat agung walaupun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Jadi kita kita kena topup ilmu al-Quran setiap masa. Iman meningkat dengan ilmu dan ibadat.
حسبي ربي جل الله مافي قلبي غير الله | Hasbi Rabbi Jallallah
Participate in the reward of Allah!
View and Share (Share) to your families & your friends.
Jika dihayati terjemahannya, zikir ini benar-benar menyentuh hati sanubari.
Meningkatkan keyakinan kita kepada Allah.
Cukuplah Allah bagiku…
Tiada Tuhan selain Allah dihatiku….
Hasbi Rabbi Jallallah…
Jika fikiran rasa serabut,
hati tak tenang,
bacalah zikir ini.
InsyaAllah, jika kita sering mengingati Allah,
Allah akan menolong kita.
Jika kita berjalan mendekati Allah
Allah berlari kepada kita.
Hanya dengan mengingati Allah,
hati akan tenang.
Hasbi Rabbi Jallallah…
Cukuplah Allah bagiku…
Tiada Tuhan yang disembah selain Allah.
Satu dakwah yang cukup mudah untuk dapatkan pahala iaitu SHARE video ini... jika mereka yang lain baca anda dapat pahala, ada orang berubah kerana menonton video yang anda share anda dapat pahala, Jika ada orang masuk islam kerana video yang anda share anda dapat pahala... pahala mudah didapati tapi hati selalu berat untuk memilikinya...
Ustaz Ebit Lew atau nama penuh Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Dilahirkan pada 21 Disember 1984,
berumur 36 Tahun, beliau berasal dari Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.
Ustaz Ebit lew mempunyai 12 orang
adik beradik dan beliau merupakan nak ke-3, berbangsa cina dan beragama Islam.
Beliau dianugerahkan seorang isteri yang penyayang selalu dipanggilnya
Bidadari.
Pendidikan rendah di SK Bukit Ridan
(1991-1996), kemudian SMK Muadzam Shah (1997-1999) sebelum ke SM Teknik Johor
Bahru (2000-2001). Beliau seterusnya keSMK
Abdul Rahman Talib (2002-2003). Ustaz ebit lew kemudianya melanjutkan
pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi ke Universiti Putra Malaysia (UPM).
Ustaz Ebit Liew -21 Pesanan Bermakna Dari Beliau:
1. “Walaupun
kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”
2. “Kita solat bukan sebab kita
baik, tapi sebab kita hamba Allah.”
3- “Siapa betulkan solat, Allah
betulkan hidup dia.”
4- “Ketika kita ingat Allah, Allah
ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
5- “Kita selalu ingat apa yang kita
nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
6- “Melihat
bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa
belajar mencari kebaikan orang.”
7- “Kemusnahan hidup seseorang
bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak
kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”
8- “Tak mengapa orang hina atau
aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah
sayang.”
9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada
tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada
buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang
jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam
kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”
10- “Untuk Allah bantu kita, kita
kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa
isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan
di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”
11- “Bila kita bawa orang yang jauh
dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”
12- “Biar apa orang nak kata, yang
penting kita hidup untuk Allah sayang.”
13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan
hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan
adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”
14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat
Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita
hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”
15- “Bila kita dakwah orang tapi
orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa.
Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
16- “Segala benda tak ada yang
kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah
pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”
17- “Wanita ini amat lembut dan
dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah
jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya
bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”
18- “Semua manusia ada hati dan
keinginan untuk jadi baik.”
19- “Jangan
risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”
20- “Bila cinta kerana Allah, untuk
Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada
jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha
Allah.”
21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih
sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada
Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling
disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu
tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”
Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew
Kesimpulan:
Begitulah
latar belakang ustaz ebit lew yang berdakwah dan membantu sana sni. Sungguh
bermakna. Kita boleh lihat bagaimana jika seseorang itu ikhlas bekerja dan
berdakwah kerana Allah segalanya akan dpermudahkan.