Sunday 4 February 2018

Ingat!! Suatu Masa Nanti...

Pada hari itu segala rahsia ditunjukkan di hadapan Allah SWT. Persoalannya, yang bawa mengadap Allah itu apa?

Hati yang bersih

Detik itu tidak ada gunanya Mal (harta) dan anak pinak. Lalu yang dibawa apa? Yang akan dibawa adalah hati yang bersih. Sucikan hati, bersihkan sebersihnya sehingga tiadk ada lagi kotoran yang tertinggal.

Ya Allah, wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.

Tadi masa aku di masjid sudahku bersih betul-betul Ya Allah, ni datang kotoran lagi. Kukuhkan hatiku dalam agamaMu, sebagaimana bersihnya saat aku dalam majlis ilmu begitulah saat dirumah, begitulah saat aku mati nanti.

lalu yang kita hadapi itu namanya siapa?

SALAM itu bersih

lalu yang kita bawa mengadap Dia apa?

Hati yang Salim

Orang yang hatinya bersih menghadap kepada Salam, apa ucapan yang dia terima?

"Salamun Qaulan Mirrab birrahim"

diulang sampai tiga kali, kenapa? Sakan ingin mendapatkan itu.

mana mungkin dapat kalau tidak dibersihkan. Macam mana ingin membersihkannya?

     = Muhasabah Diri =

1. Masuk ke masjid agak 15 minit sebelum azan waktu sunyi muhasabah diri.
    Aku tadi di pejabat bukan main sakit hati dengan dia, Ya Allah bersihkanlah hatiku

   Kawan aku keretanya baharu, sakinya hati aku melihat kereta dia Ya Allah. Tolong bersihkan hatiku.

Kita kadang-kadang tak punya waktu untuk muhasabah diri. Kenapa? datang ke masjid ketika sudah mahu iqamat.

allahuakbar 2x bunyi iqamat

bila mahu muhasabah?

selesai solat " Assalamualaikum warahmatullah" 2x Imam memberi salam tahhiyat akhir

kreng kreng teneneg teneneng "bunyi telefon"

Ya sebentar, sekarang ya Tuan? Ya ya, lama pula Imam ni berdoa.

Imam pula disalahkan- lailahaillah

Maka kita kalau diperturutkan sibuk ni. Tuan pembaca yang dimuliakan.

Ada tulisan yang sangat cantik:

"Bila anda bekerja keras dan berjaya, sampai tak mahu waktu sedikitpun hilang dari pejabatmu. Maka ingat! kalau anda mati besok pagi akan datang pengganti anda di pejabat.

Yang sampai tidak mempedulikan agama Allah, tidak peduli Masjid demi untuk kerjaya. Ingat! ada pengganti besoknya,bahkan sebelum mati dah ada calon pengganti anda.

tapi yang bekal mengadap Allah ni apa?

kalu sudah yang menelefon itu atasan di jalan jem teruk, sekejap-sekejap Tuan saya berhenti ketepi. Tapi kalu yang datang panggilan dari Masjid.

"Hayya Ala Solah"

singah ke kita? ahh payah parking, ada ternampak satu parking kosong. emm panjang waktu lagi. Zuhur tu kan sampai jam 4.

Kita selalu mencari alasan, walhal kita membersihkan hati dengan muhasabah.

"Muhasabahlah diri kamu sebelum kau dihitung Allah"

"Timbang2lah Amalmu sebelum amalmu dipertimbangkan"

Muhasabah tak menengok tempat tapi yang ditengok adalah kemahuan (dimana mahu muhasabah). jangan menunggu waktu luangkanlah waktu dan tempat.

siapa yang datang solat Jumaat waktu pertama mcm korban seekor unta, datang jam kedua seperti korban lembu, ketiga seperti korban kambing, keempat ayam dan kelima sebutir telur.

Ini motivasi supaya cepat datang Masjid, baca surah al-Kahfi dan Yaasin - muhasabah.

Zaman sekarang orang datang telur puyuh pun tak dapat. Malaikat sudah menutup buku catatan bila naik khatib keatas mimbar, Malaikat turut mendengar Khutbah.

Ustaz! panggil murid, Ya apa dia? Tanya Ustaz kepada muridnya.

Khatib baca Bahasa Melayu Malaikat faham ke? Faham, jawab Ustaz.

ada translatenya di sana.

"Wa allama aadamal asma akullaha" Surah al-Baqarah

Salah satu makna " asma' " Allah ajar bahasa-bahasa kepada para Malaikat, bahasa apapun dia faham.