Ya Allah,
Tunjukkan kepada kami yang hak itu benar, berikan kami kekuatan untuk mengikutinya.
Tunjukkan kepada kami yang batil itu salah, berikan kepada kami untuk menolaknya.
Terangi hati kami sehingga kami dapat membezakan mana yang hak dan mana yang batil.
Satukanlah hati kami Ahli Sunnah Wa al-Jamaah, jangan kami bercanggah kerana khilafiah. Sebagaimana kamu satukan hati-hati Para Nabi dan Rasul-Mu Ya Allah.
Dalamkan ilmu agama kami, ajarkan kami Ta'wil yang benar tentang al-Quran Ya Allah. Jauhkanlah kami dari perkara yang munkar, penzinaan dan keburukan Ya Allah.
Kurniakanlah kepada kami pemimpin yang Adil, jangan engkau mengangkat pemimpin dari kalangan orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak sayang kepada kami Ya Allah. Jadikanlah anak-anak kami yang menghafal al-Quran, jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hati kami.
Ya Allah, akhirkan hayat kami dengan pengakhiran yang baik dan jangan akhiri dengan pengakhiran yang buruk. Jadikanlah akhir kalam ketika ajal kami tiba yang keluar dari mulut kami kalimah "La ilaha illallah". Ameen
Tuesday, 30 January 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Pada hari itu segala rahsia ditunjukkan di hadapan Allah SWT. Persoalannya, yang bawa mengadap Allah itu apa? Hati yang bersih Detik itu...
-
Seoul adalah sebuah bandar besar dan terdapat banyak kawasan yang berbeza untuk tinggal di dalamnya bergantung pada minat anda. Bagaimanap...
-
Ya Allah, Tunjukkan kepada kami yang hak itu benar, berikan kami kekuatan untuk mengikutinya. Tunjukkan kepada kami yang batil itu salah,...
No comments:
Post a Comment