Sunday 10 May 2020

Nuzul Al-Quran 2020/1441H - Mana Pilihan Korang?

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan / 10 Mei 2020.


Firman Allah serta terjemahannya:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ – ١٨٥
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. - QS, Al-Baqarah; 185

Kita ada dua pilihan;

1. Tidak ambil kisah seolah-olah tiada apa yang istimewa dan penting akan berlaku. 

 2. Ambil kisah dengan tambah ilmu mengenai mukjizat al-Quran dan tanam sifat cinta pada al-Quran.

Pilihan kedua adalah pilihan terbaik buat kita sebagai orang beriman, kerana al-Quran adalah petunjuk akhir zaman dan mukjizat agung walaupun selepas kewafatan Rasulullah SAW.

 Jadi kita kita kena topup ilmu al-Quran setiap masa. Iman meningkat dengan ilmu dan ibadat.

Tuesday 5 May 2020

Zikir Penenang Jiwa : Hasbi Rabbi Beserta Maknanya





حسبي ربي جل الله مافي قلبي غير الله | Hasbi Rabbi Jallallah


Participate in the reward of Allah! View and Share (Share) to your families & your friends. Jika dihayati terjemahannya, zikir ini benar-benar menyentuh hati sanubari. Meningkatkan keyakinan kita kepada Allah. Cukuplah Allah bagiku… Tiada Tuhan selain Allah dihatiku…. Hasbi Rabbi Jallallah… Jika fikiran rasa serabut, hati tak tenang, bacalah zikir ini. InsyaAllah, jika kita sering mengingati Allah, Allah akan menolong kita. Jika kita berjalan mendekati Allah Allah berlari kepada kita. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Hasbi Rabbi Jallallah… Cukuplah Allah bagiku… Tiada Tuhan yang disembah selain Allah.


Satu dakwah yang cukup mudah untuk dapatkan pahala iaitu SHARE video ini... jika mereka yang lain baca anda dapat pahala, ada orang berubah kerana menonton video yang anda share anda dapat pahala, Jika ada orang masuk islam kerana video yang anda share anda dapat pahala... pahala mudah didapati tapi hati selalu berat untuk memilikinya...

Friday 1 May 2020

Siapa Sebenarnya Ebit Lew



Biodata Ustaz Ebit Lew 

Ustaz Ebit Lew atau nama penuh  Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Dilahirkan pada 21 Disember 1984, berumur 36 Tahun, beliau berasal dari Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

Ustaz Ebit lew mempunyai 12 orang adik beradik dan beliau merupakan nak ke-3, berbangsa cina dan beragama Islam. Beliau dianugerahkan seorang isteri yang penyayang selalu dipanggilnya Bidadari.

Pendidikan rendah di SK Bukit Ridan (1991-1996), kemudian SMK Muadzam Shah (1997-1999) sebelum ke SM Teknik Johor Bahru (2000-2001). Beliau seterusnya ke  SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003). Ustaz ebit lew kemudianya melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi ke Universiti Putra Malaysia (UPM).



Ustaz Ebit Liew -21 Pesanan Bermakna Dari Beliau:

1.    Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”
2.  Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”
3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”
4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”
7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”
8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”
9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”
10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”
12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”
13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”
14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”
15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”
17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”
18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”
19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”
21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”
Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew


Kesimpulan:
Begitulah latar belakang ustaz ebit lew yang berdakwah dan membantu sana sni. Sungguh bermakna. Kita boleh lihat bagaimana jika seseorang itu ikhlas bekerja dan berdakwah kerana Allah segalanya akan dpermudahkan.

Tuesday 18 September 2018


“PERANAN MURID DALAM MEMBENTUK SAHSIAH DIRI YANG TERPUJI”.
       Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa depan sesebuah negara itu berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah negara itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk membentuk sesebuah negara yang berjaya. Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral remaja semakin menjadi-jadi pada hari ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin kritikal dari hari ke hari. “Tend-trend” songsang yang tumbuh “seperti cendawan selepas hujan” menandakan gejala ini semakin teruk.
       Disini, saya ingin menyentuh peranan individu/murid/remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji dalam membendung masalah gejala yang tidak diingini berlaku. Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji perlulah mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul.
         Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein  (walaupun beliau tidak beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt.
        Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber  primer bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu diri dalam membina peribadi mulia . Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan murid yang sebelum ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji.
     Selain itu, murid hendaklah menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa. Ibu bapa merupakan dua insan yang paling dekat dengan diri kita. Kerana sesudah kita dilahirkan di muka bumi ini, kita ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa, bermula dengan ibu yang mengandungkan dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada kita.
      Janganlah hidup menjadi seperti Si Tanggang atau Si  Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika tidak bersetuju sekalipun, jangan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah  berbincanglah dengan cara yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih. Allah telah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa.
       Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud  : “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan murid-murid  individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan moral.
       Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat dilaksanakan adalah dengan cara menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya murid hendaklah menghormati guru-guru sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga sehingga mampu berdiri dan berpijak di bumi yang nyata menjadi insan yang baik dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang kita lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”.
      Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi.
        Dalam pada itu, murid-murid perlulah menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan itu, murid hendklh menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kita digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah ‘berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Berkawanlah dengan seseorang yang dapat memberi manfaat segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang lain.
       Peranan yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral . Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak boleh melakukan perkara yang negatif yang mampu  keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas antara lelaki dan wanita serta menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. ‘First impression’ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar”.
      Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam  kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin izin Yang Maha Kuasa, anak-anak dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri  mampu menjadikan seorang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka boleh dijadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Katanya, “Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya tetapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.” Janganlah melakukan sesuatu yang tersasar daripada landasan yang benar sebaliknya lakukanlah pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan  akidah agar terus menjadi pegangan perjalanan hidup. Semoga bermanfaat. Sekian T.kasih

Friday 2 March 2018

Mencari tempat tinggal di Seoul?

Seoul adalah sebuah bandar besar dan terdapat banyak kawasan yang berbeza untuk tinggal di dalamnya bergantung pada minat anda.

Bagaimanapun, apa yang saya perhatikan tentang tempat tinggal di Seoul, adalah kerana sistem pengangkutan awam sangat efisien dan mudah digunakan, tidaklah terlalu penting di mana kawasan anda tinggal (selagi anda agak pusat), kerana anda sentiasa boleh dapatkan ke mana anda perlu pergi.

Seoul mempunyai hampir semua bentuk penginapan yang terdapat di asrama moden untuk jenama hotel utama 5 bintang. Harga untuk penginapan secara keseluruhannya agak tinggi, tetapi anda mempunyai banyak pilihan.

Dalam panduan blog perjalanan Seoul ini, saya akan berkongsi beberapa bahagian utama yang perlu anda pertimbangkan dan mengapa:

Jung-Gu dan Jongno-Gu - Kedua-dua daerah ini adalah tempat yang paling menarik untuk ke Seoul dan membeli-belah dan betul-betul di tengah-tengah kawasan pusat bandar Seoul. Anda akan menemui banyak hotel di kawasan ini dan ia adalah kawasan yang hebat untuk tinggal jika anda ingin akses mudah ke tempat-tempat yang terkenal tanpa menghabiskan banyak masa di metro.

Myeongdong - Myeondong adalah salah satu daerah membeli-belah terbesar di Seoul, dan ia adalah rumah kepada banyak restoran, hotel dan fesyen dan hiburan malam yang bergaya. Menginap di Myeongdong untuk dikelilingi oleh membeli-belah.

Stesen Seoul (Yongsan-Gu) - Kawasan sekitar Seoul Station sangat besar, dan anda akan mendapati hotel akhir tinggi dan rendah. Tidak banyak yang boleh dilakukan atau lihat di Stesen Seoul (walaupun ia sangat dekat dengan pasar Namdaemun dan Myeondong), tetapi ia mudah untuk pengangkutan.

Hongdae (Hongik University) - Hongdae terletak di Seoul Barat dan ia dikenali terutamanya untuk menjadi sebuah bandar universiti dan oleh itu terdapat banyak belanja, restoran, makanan jalanan, dan kehidupan malam. Secara keseluruhannya adalah kawasan tempatan Seoul yang hebat dan kawasan yang menyeronokkan untuk berjalan-jalan dan meneroka. Terdapat banyak rumah tetamu di kawasan ini, jadi tempat yang baik untuk mencari anggaran untuk penginapan sederhana.
Gangnam-Gu - Akhirnya, terdapat Gangnam, yang merupakan kawasan Seoul yang terkenal dengan high end dan sangat bergaya. Terdapat beberapa hotel mewah dan mewah di kawasan ini.

Thursday 1 March 2018

Seorang ulama Algeria pernah berkata "seorang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya tidak mungkin dapat mengalahkan musuh dalam pertarungan. Jika anda ingin kemenangan ke atas musuh, kalahkan nafsu sendiri pasti anda akan menang dalam semua medan pertarungan". Ukuran nafsu adalah 3 perkara (1) sedap atau Seronok, (2) gelojoh dalam membuat pertimbangan, (3) inginkan sesuatu yang segera dan mudah.